Rabu, 30 Mei 2012

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU (2)

hehehe....
smbngan yang seterusnye...
blh plak cm 2 kan...
heehehe...


WAKTU ZUHUR

warna alam sterusnya berubah ke warna hijau ( isyraq & dhuha ) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuansi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman . warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan . jadi mereka yang selalu ketnggalan atau terlewat zuhurnya berulang- ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah perut dan hilang sifat cerianya . contohnye : klu org yang skit perut ceria ker??


WAKTU  ASAR


kemudian warna alam akan berubah kepda warna oren , iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuansi prostat , uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif . rahsia warna oren ialah kreativiti. orang yang kerap meninggalkan waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah ( tidur ye) . dan jangan lupa , tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



WAKTU MAGRIB 


menjelang waktu Magrib , alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orng2 tua agar tidak berada diluar rumah . ini kerana spektrum pada waktu ini menghampri frekuensi jin dan iblis ( infra - red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan alam . mereka sedang dalam perjalan seelok- eloknya berhenti dahulu pada waktu ini ( solat Magrib la dulu ) kerana banyak interferens ( pembelauan ) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita . rahsia waktu magrib atau merah ialah keyakinan , pada frekuensi otot , saraf , dan tulang.


WAKTU ISYAK 


Apabila masuk waktu Isyak , alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan . Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak .mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelpan dan sebetulnya , inilah waktu tidur dalam islam . tidur pada waktu ini dipanggil delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan .

 selepas tengah malam , alam mula bersinar kembali dengan warna putih , merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal , pituitari , talamus dan hpotalamus. tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
begitulah secara ringkasnya waktu solat dengan warna alam.manusia kini telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini.

semua dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.....



just nak kongsi....
ape yang baik kta patut share kan...
hehehee....
semoga lebih banyak tenga kita dpat serap k....

sampai disini sja ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan