Jumaat, 25 April 2014

BLACK PEPPER SAUCE

Resepi : Chef Amer Hamza


Bahan - bahan :
40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu
Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air
1.Mula-mula kita panaskan mentega
2. tambahkan sedikit minyak olive oil
3.Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
4.Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
6.Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
7.Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
8.Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
9.Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata


RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY


jom try

Bahan - bahan :
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis (Nina guna oreo blueberry)

Cara - Cara Membuat :
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm peti sejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik


Resepi Kek Keju Oreo Dingin / No Bake Oreo Cheesecake

jom try

Bahan Dasar
200gm biskut oreo - buang krim dan kisar halus
50gm mentega - di cairkan
Bahan Krim Keju
250gm krim keju - suhu bilik
80gm gula kaster
100gm coklat masakan putih
250gm krim putar tenusu
15gm halal gelatin
50ml air
1 sudu teh esen vanila
2 paket biskut oreo dengan krim - patah 4
Loyang 8in - Loose Base Tin (di gris mentega cair)

Cara-cara :

1. Dasar : Gaul biskut oreo dengan mentega sedikit demi sedikit hingga rata dan boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang dan tekan padat. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau jika ingin dasar yang ranggup, bakar selama 10 minit di dalam ketuhar, biarkan sejuk.
2. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur dengan gelatin dan biar mengembang. Kemudian cairkan secara double boiler hingga larut. Ketepikan.
3. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler. Ketepikan.
4. Putar krim keju dan gula hingga rata dan tidak berketul. Masukkan coklat masakan cair di ikuti gelatin dan esen vanila, putar hingga sebati.
5. Dalam bekas lain pukul krim putar (whip cream) hingga kental. Kaup balikkan ke dalam adunan keju sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
6. Masukkan ke dalam piping bag dan paip satu lapisan krim keju. Susun kepingan biskut oreo, tekan sedikit.
7. Ulangi melapis krim keju dan susunan biskut oreo, untuk lapisan terakhir tuang baki krim keju dan ratakan permukaannya. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
8. Keluarkan dari loyang dan hias mengikut suka.
9. Untuk memotong kek keju, guna pisau yang di rendam air panas, lap kemudian baru di potong.


Khamis, 24 April 2014

PETUA SERI WAJAH

hari nie saja nak share pasal petua seri wajah...
hope kita same2 blh amalkan ..

PETUA 1

Amalkan membaca 'Ya qawiyyu'
(maksudnya: Wahai Yang Maha Kuat )
-selepas memberi salam kedua selepas solat

PETUA 2

Jangan cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi kerana ia menghilangkan seri muka
( cuci muka sebelum tdo)

PETUA 3

guna 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturize


PETUA 4


berselawat 3x dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa

( Ya Allaj serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku)

PETUA 5


membaca doa ketika melihat cermin

(Ya Allah sebagaimana kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku)



selamat mencuba..... :-)

c/p by: hanna kimiko